Klip Video sebagai induksi untuk memperkenalkan tema cerpen.
Lembaran Kerja 1 yang harus diselesaikan oleh pelajar secara individu. Tugasan ini diharapkan dapat menjana pelbagai kosa kata dan mencetus idea-idea sampingan yang berkaitan dengan tema cerpen.
Lembaran Kerja 2 diselesaikan oleh pelajar secara berpasangan. Setelah berbincang secara berpesangan, para pelajar akan berkongsi dapatan mereka bersama rakan-rakan sekelas. Semasa sesi perbincangan, pelajar boleh menambah isi-isi yang tiada di lembaran kerja masing-masing.
Lembaran Kerja 3 diselesaikan secara berkumpulan. Di dalam kumpulan masing-masing, para pelajar akan memikirkan perwatakan sesuatu watak. Setiap kumpulan akan melakarkan hasil perbincangan di kertas sebak yang disediakan. Lembaran Kerja ini boleh digunakan oleh pelajar untuk mencoret pandangan peribadi mereka atau membuat catatan.
Lembaran Kerja 4 diselesaikan oleh pelajar semasa Lintasan Galeri. Semasa Lintasan Galeri, para pelajar dikehendaki menyalin isi-isi yang diketengahkan oleh kumpulan lain. di akhir lintasan galeri, setiap kumpulan harus menyelesaikan setiap halaman lembaran kerja 4.
Lembaran Kerja 5 ialah rubrik yang harus diselesaikan oleh setiap kumpulan. Setiap kumpulan harus menilai hasil kerja kumpulan yang lain. Penilaian rakan sebaya ini diharapakan dapat membantu pelajar menilai hasil kerja rakan dan hasil kerja kumpulan sendiri.
Lembaran Kerja 6 merupakan borang renungan yang harus diselesaikan secara individu. Melalui borang renungan ini, pelajar dapat menyingkap semula perkara yang dipelajari di dalam kelas. Selain itu, guru juga dapat menilai keberkesanan pelajarannya dan mendapat maklum balas mengenai pelajarannya.
Asesmen yang melibatkan penggunaan bahan 3D.
Rancangan Pengajaran untuk Panduan Guru